Wednesday, February 29, 2012

Fresh blueberry cheese tart untuk jamuan soubetsukai 2012

Still in soubetsukai mode...


Blueberry cheese tart ni FnF guna fresh blueberry...harganya lebih murah dari blueberry filling...rasa dia pula lebih sedap...


Resepi kulit cheese tart dari blog masam manis disini...boleh belajar juga cara2 nak melorek cheese tart jika menggunakan blueberry filling.


Kulit tart


Bahan2 (FnF doublekan adunan untuk 60 biji kulit tart size sederhana)

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart


Cara2
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat. (FnF guna electric hand mixer)
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit doh, tekan dalam acuan tat pilihan hingga setebal 2 - 3 mm. Buat hingga siap, cucuk2 permukaannya dengan garfu dan bakar 10 minit (ikut size tart) dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C. Keluarkan dari oven, asingkan kulit tat dari acuan dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.



Filling cheese pula FnF guna resepi di bawah. Dapat 50 biji cheese tart. Baki 10 biji kulit tart anak2 FnF makan (^_^)


Bahan2
400g cream cheese (philadelphia)
80g gula
40g butter
2 biji telur size M
40g fresh cream
20g tepung gandum
buah blueberry segar secukupnya


Cara2
Pukul cream cheese, gula dan butter hingga berkrim dan halus
Masukkan telur, pukul sebati
Masukkan fresh cream, pukul lagi hingga sebati
Masukkan tepung, gaul sekata
Masukkan batter cream cheese ke dalam piping beg
Paipkan ke dalam kulit tart
Tabur buah blueberry segar
Bakar lagi 10 ke 12 minit pada suhu 175C (jika disentuh permukaan cream tak melekit di jari, maka tart dah masak)
Simpan di dalam bekas kedap udara, dan masukkan dalam peti ais.








Tuesday, February 28, 2012

Carrot Cake untuk Soubetsukai 2012

Usah ditangisi perpisahan...sebaliknya tangisi lah pertemuan...kerana tanpa pertemuan tiadalah perpisahan...

Mood sedih setiap kali March menjelang... dikesempatan ini FnF nak ucap tahniah buat rakan2 seperjuangan yang telah berjaya...Dr. Razali, Dr. Addie, Dr. Ruhizan dan Calvin...selamat berbakti kpd tanah air... juga buat Fairuz dan keluarga yang akan berhijrah ke Nara... 



Carrot cake untuk jamuan soubetsukai (majlis perpisahan) Perantau Chiba...


Tanpa hiasan...sekadar topping cream cheese frosting


versi cupcake...kes terlebih adunan...


FnF bawa blueberry cheese tart juga...guna fresh blueberry sebab lagi murah dari blueberry filling...next entry nant FnF post resepi nya...carrot cake yang terlindung di sebalik puding tuuu...


Resepi memang dah lama FnF simpan...cuma tak sampai seru nak buat...resepi dari kkida@1001resepi... resepi bawah ni versi FnF.


Bahan2


Bahan A
2 cwn tepung halus*
2sk baking powder*
11/2 sk soda bicrbonate*
1sk garam*
2sk serbuk kulit kayu manis*
*ayak sekali


4 biji telur size A
2 cawan gula
11/2 cawan minyak jagung


Bahan B
21/2 cawan grated carrot (perah air nya)
1 cawan nanas dalam tin (cincang dan perah air nya)
3/4 cawan pecans/walnut (bakar dan cincang kasar)
1/2 cawan desicated coconut (kelapa kering) - optional


Cara2
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masukkan minyak dan pukul perlahan.
Masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil terus pukul perlahan hingga sebati.
Masukkan bahan C satu persatu, kaup balik hingga sebati.
Masukkan adunan dalam loyang yang dah di gris.
Bakar 60-90 minit @ 180C hingga masak.


Bahan topping cream cheese 
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

Cara2
Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus putar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana. Boleh tambah susu jika adunan terlalu likat. Sapu atas kek dan hias ikut suka.

FnF guna resepi cream cheese frosting yang ini ye...

Bahan cream cheese frosting
250g cream cheese
100g butter
150g gula icing (ayak)
2 cawan fresh cream (pukul kental)

Cara2 cream cheese frosting
Pukul cream cheese dan butter hingga sebati, masukkan gula icing, terus memutar hingga gebu dan halus. Masukkan fresh cream yang dah dipukul kental. Gaul sebati. Sedia untuk digunakan.

Monday, February 27, 2012

Manisnya Udang Ibaraki...

First time FnF jumpa pasar ikan di Jepun... kesian kan... sob3x... 

Masa ni kami ke Ibaraki atas urusan kereta... lebih kurang 2 jam perjalanan ke arah utara Chiba... Selesai urusan terus singgah sini...Yellow Port...hasil laut nya memang fresh giler... baru naik dari laut gitu...


Antara yang menarik perhatian FnF ...udang dia semua masih ada kepala... panjang2 pulak tuuu...FnF beli udang yang kaler merah dlm gambar bawah niiii... hihi...


Tapi seyes laaa...udang Ibaraki ni memang fresh...manis sangat...FnF bakar gitu je...memang sedap...terbaek punya lah...rasa2nya ini udang paling manis pernah FnF makan kat Jepun nih...

udang bakar gaya FnF...syedapnye...
Kat bawah ni pula versi udang tumis cili hidup resepi ibu Mrs. FnF... 


Mr FnF suka sangat udang masak camni...tapi syarat nye cili hidup tu tak leh blend... kena tumbuk guna lesung batu...heeee ... resepi dia...main lebur je...

Bahan2


udang saiz sederhana besar dalam 5-6 ekor
4-5 biji cili merah - buang biji* (boleh campur cili api jika suka pedas...FnF campur)
5 biji bwg merah*
2 ulas bwg putih* (FnF tak letak)
1 keping kecil asam keping
garam secukup rasa
minyak untuk menumis (lebihkan skit dari tumis biasa)
air secukupnya

Cara2

Tumbuk bahan yg bertanda *. 
Panaskan minyak untuk menumis. 
Tumis bahan tumbuk hingga masak dan naik minyak.
Masukkan udang dan asam keping. Tambah sedikit air. Gaul rata. 
Perasakan dengan garam.
Biar mendidih dan masak sehingga kuah agak kering dan naik minyak.
Angkat dan hidangkan...



Sunday, February 26, 2012

Aqua City Odaiba, Tokyo

Odaiba... one of Tokyo's most popular tourist attractions... 


60D, F/8, 1/20s, ISO-400, 24-70 (@24mm)

This was FnF second trip here since the mall located just about 40km from our house in Chiba...  The Aqua City is a shopping mall with various stores, boutiques, restaurants, cafes and cinema complex...  

The futuristic's looking building behind Aqua City is Fuji TV building (Japan's private TV station)




Beautiful views of nightly illuminated Rainbow Bridge from the wooden deck in front of the Aquacity mall... Nice views of Tokyo tower too...

60D, F/8, 15s, ISO-100, 24-70 (@25mm)

Statue of Liberty... why is this here?

60D, F/2.8, 1/100s, ISO-1600, 24-70 (@66mm)

The rainbow bridge which connects Odaiba with the rest of Tokyo.... 


60D, F/8, 15s, ISO-100, 24-70 (@35mm)

aquarium... dah nama pun aqua City...mesti la kena ada aquarium...hik3x


60D, F/4, 1/50s, ISO-400, 24-70 (@30mm)


and the small bridge inside the aquacity mall

60D, F/2.8, 1/40s, ISO-320, 24-70 (@25mm)

Nice illumination's tree...

60D, F/2.8, 1/40s, ISO-200, 24-70 (@24mm)





Kek Coklat

FnF buat untuk famili makan2 kat rumah je...tak letak topping pun sbb tak sesuai untuk kanak2...hihi...resepi dari myresipi (fendi75)...kek yang sangat sedap...dah kek coklat...mesti le sedap... dan kos membuat nye pun murah je...berbaloi2... ;)


Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum


Topping 
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

Pukul telur hingga kembang
Masukkan gula dan pukul lagi
Kemudian masukkan minyak masak
Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak

Untuk topping 
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Friday, February 24, 2012

Ayam Panggang Sarawak

Ayam panggang Sarawak dah sampai Chiba...


Sedap gilerrr...


Sekor ayam ni famili FnF sekali hadap je...


Resepi ori makan ngan sambal cili...FnF pulak makan ngan sos Nando's hot peri2...


Resepi ayam pangang Sarawak maveles dari blog dapurku sayang (Dayangjack) 

Bahan2

8 ketul ayam saiz L @ XL (dibersihkan) - FnF guna chicken whole 1.2kg
1 sudu makan ketumbar (disangai)*
1/2 sudu makan jintan putih (disangai)*
1/2 inci lengkuas*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*
sedikit garam (FnF letak 11/2 sudu kecil)
gula merah/gula melaka/ brown sugar (FnF letak 2sb gula merah)
2 sk peri-peri essence (ni FnF tambah ye...kasi pedas2 sket)

Cara2

Kisar bahan-bahan bertanda *. 
Gaulkan ayam bersama semua bahan dan perap semalaman (FnF perap 2jam je). 
Sebelum dibakar/panggang, gaulkan ayam bersama 2 sudu makan minyak zaitun, jika suka.
Sekiranya menggunakan oven, bakar/panggang pd suhu 190C selama 1 jam (bergantung pd jenis oven, kena adjust sendiri). 

p/s:- FnF bakar guna oven. Lepas 40 minit, terbalikkan...bakar lagi 20 minit...sambil tu sapu permukaan ayam dengan minyak ayam yang keluar masa membakar supaya kulit ayam tak kering dan nampak berkilat)


Sambal Cili (FnF tak buat...cicah sos nando's...hehehe)

3-4 sudu besar cili kering kisar (anggaran)
2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
air asam jawa (ikut sukatan sendiri)
garam dan gula secukupnya
Cara-cara : Satukan semua bahan di dalam periuk. Didihkan seketika dan kacau sekali sekala selama 3-5 minit

Thursday, February 23, 2012

Tokyo Tower

FnF second trip to Tokyo Tower... First time we arrived here was during Hari Raya Aidilfitri 2011...with Perantau Chiba...semua pakai baju raya...heeeee....sweet sangat Perantau Chiba masa tuuu....

60D, F/4.5, 1/100s, ISO-1000, 18-135 (@36mm)

Tokyo Tower's Fact 
333 meters tall...13m taller than the Eiffel Tower of Paris...completed in 1958... symbol for Japan's rebirth as one of a major economic power in the world...serves as a television and radio broadcast antenna and tourist attraction...


60D, F/4.5, 1/30s, ISO-1000, 18-135 (@36mm)

FnF went to the main observatory at 150 meters...yang nampak platform 4 segi tuuu.... and the special observatory at 250 meters...yang platform bulat kat menara tuuuu...  dapat tengok full view of Tokyo metropolitan at night... kalau datang siang...siap boleh nampak Mt.Fuji...

60D, F/4.5, 1/30s, ISO-1000, 18-135 (@36mm)

Next to the tower ada Zojoji Temple... FnF tak pergi...snap gambar lampu jalan lagi...again... Mrs. FnF favorite picture...hehehe...

60D, F/4.5, 1/15s, ISO-1000, 18-135 (@36mm)

Near to the parking lot... the Japanese garden with bonsai tree...

60D, F/3.5, 1s, ISO-200, 18-135 (@18mm)




Wednesday, February 22, 2012

Roti jala

FnF buat roti jala ni untuk jamuan sarapan pagi bersama perantau Chiba... agak lama dah pun...FnF buat kek kukus marble coklat pandan juga...entry kek tu disini. Pagi tu menu utama kami roti canai...memang best lah dapat makan roti canai yang dicanai sendiri oleh perantau Chiba... makan pula dengan kari ayam, kuah dal dan sambal bilis...sedap sangat...tapi gambar roti canai takde pulaaaa...sob3x...


FnF guna resepi roti jala dari Yatieizaini myresipi yang guna 1 kilo tepung gandum. Resepi ni dapat banyak...memang sesuai lah untuk makan ramai2...kami makan ngan kari ayam...



Bahan2

1kg tepung gandum
1 tin susu cair (FnF guna 500ml fresh milk)
4 tin air (guna tin susu) - FnF agak2 kelikatan roti jala
4 biji telur - FnF guna 3 biji telur size M
sedikit esen vanila (FnF tak letak) 

pewarna kuning dan garam (FnF guna serbuk kunyit)
sedikit minyak masak utk melenser dan acuan roti jala




Cara2


Satukan semua bahan dan kacau hingga tidak bergentel

Masukkn adunan tadi kedalam blender dan blend sekejap sehingga habis semua adunan dan kemudian di tapis.

Panaskan kuali leper non stick & sapukan sedikit minyak masak. Masukkan adunan kedlam acuan roti jala & jalakan di atas kuali.

Biarkan sekejap sehingga roti jala itu masak.. bolehlah diangkat & dilipat mengikut citarasa masing2.

Tuesday, February 21, 2012

Roti Burger

Hari ni famili FnF bersarapan burgers & chips...amboiii...pagi2 dah breakfast burger...kalah mat saleh...heeee...edisi nak cepat sebab Mr. FnF kena keluar awal pagi ... ada shooting dengan stesyen TV NHK di Odaiba, Tokyo... Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar...

Roti burger memang tak jumpa lagi yang halal di Chiba..jadi FnF buat sendiri... 



Daging burger pula...ada yang halal...


FnF suka rasa roti burger yang agak tawar sikit...memang ngam bila dimakan bersama daging burger yang rasa dia agak masin2 gitu... 


Sumber dari blog CMG dapur tanpa sempadan.


Bahan2

400 g tepung roti
20 g gula halus
1/4 camca teh garam halus
1 camca besar susu tepung
2 camca teh instant yeast
250 ml air
30 g lemak sayur (shortening)

Cara2


Satukan semua bahan doh kecuali air dan lemak sayur, gaul rata. Tuang air dan gaul hingga menjadi doh. Tambah lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan anjal (lebih kurang 20 minit menguli jika guna tangan). 
Bulat2kan doh dan tutup dengan plastik bersih, perap 1 jam. 


(FnF lebur semua dalam bread maker...tunggu hingga breadmaker siap menguli)


Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, kemudian bagi kepada 10 bahagian sama besar. 


Ambil satu bahagian, kemaskan dan bulat2kan doh, letak dalam paper cup khas berukuran 4 cm, tekan sedikit doh tadi. 


Buat hingga siap. 


Perap selama 45 minit atau hingga naik sekali ganda. 


Sapu permukaan setiap doh dengan putih telur, tabur sedikit bijan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit.


p/s:FnF suka2 hati je tabur blackpaper kasar dan juga bijan...pas tu...kes terlupa...FnF sapu doh dengan telur kuning sekali...tu nampak permukaan roti burger warna kuning...tapi rupa dia still menawan...heee...

Monday, February 20, 2012

Snow...Yuki... @ Chiba Daigaku...

Mr. FnF simple life... setiap hari melalui lorong2 ini menuju ke Chiba daigaku... perjalanan 10 minit yang ditemani musim pelbagai warna...dan musim bertukar lagi...kali ini Mr FnF ditemani salji nan memutih di bumi Chiba...seawal jam 8 pagi pada hari sabtu...


Mrs. FnF's favorite picture...lampu jalan...  
60D, F/4, 1/400s, ISO-100, 24-70 (@46mm)


Shortcut to Chiba daigaku..
60D, F/4, 1/640s, ISO-100, 24-70 (@24mm)


Dingin dan beku...namun demi sebuah perjuangan... langkah kaki diteruskan jua...
60D, F/2.8, 1/400s, ISO-100, 24-70 (@24mm)

The foot prints...besau nye tapak kaki...
60D, F/2.8, 1/500s, ISO-100, 24-70 (@59mm)

Bunga yang berkembang...ingatkan musim sejuk takde bunga...
60D, F/2.8, 1/160s, ISO-100, 24-70 (@70mm)

The koen... park...
60D, F/4, 1/2000s, ISO-100, 24-70 (@42mm)

On his way...snow is everywhere...undisturbed...
60D, F/4, 1/320s, ISO-100, 24-70 (@24mm)

Ahhh. Arrive at Chiba University..
60D, F/4, 1/1000s, ISO-100, 24-70 (@32mm)

Chiba University main road...
60D, F/4, 1/250s, ISO-100, 24-70 (@38mm)

 A little bit more to go...
60D, F/4, 1/200s, ISO-100, 24-70 (@24mm)

Alhamdulillah dah nampak bangunan CSPC... (white building at the end of the green fence)
60D, F/4, 1/200s, ISO-100, 24-70 (@24mm)

Chocolate chip crumble cupcakes


Chocolate chip crumble cupcakes ni menggunakan resepi yang sama dengan blueberry crumble cupcakes. FnF suka sgt resepi ni... serius sedap walau kita olah macam mana pun...FnF buat cupcakes sebab senang nak makan...tak payah potong2 dah...kejadian dia...naik cantik sangat... membuncit... 

Tak percaya...haaaaaa...taraaaaaa...


Hihi...macam nak melimpah2 naik nye...dan semestinya sedap... FnF highly recommend everybody should try this recipe... original dia di sini... bukan saje mudah...sedap pula tu...

Resepi sama macam blueberry crumble cupcakes...cuma FnF tukar blueberry kepada chocolate chips je... dalam 50gram gitu... FnF  gaul juga chocolate chip dengan crumble...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...