Tuesday, August 21, 2012

Sambutan Syawal Perantau Chiba

Ketupat (segera)... kuah lodeh...



Lemang (segera jugak) dan rendang...



Kuah kacang...  antara juadah santapan Perantau Chiba di malam menjelang Syawal... 


Kami berkumpul, buka puasa, solat magrib dan Isyak berjemaah bersama2 di rumah FnF... yang tinggal pun 9 orang je (plus 2 org anak2 FnF)... Selesai solat isyak berjemaah kami menunggu pengumuman raya dari TV Malaysia sambil makan kuih raya. Waktu Jepun dah kul 9 lebih masa tu... dah komfirm esok raya baru lah kami bertakbir... gilir2 otoko2 Perantau Chiba bertakbir menyerlahkankan bakat2 terpendam masing2 ^_^

Juadah kuih raya di malam raya... Malaysia mari hehehe...
Antara juadah berbuka puasa dan santapan malam raya FnF dan perantau Chiba...
Actually hari last puasa tu befday Ilmi... so FnF sambut sekali masa jamuan kuih raya tu... kek aiskrim BR. FnF tak buat kek pun sebab Ilmi request nak eskrem BR...

Selamat ulangtahun kelahiran Irumi kun... moga menjadi anak soleh kebanggaan mama dan papa...
BR icecream cake pilihan Irumi kun
Pagi raya 1 Syawal kami ke Embassy Malaysia di Tokyo untuk sama2 solat Aidilfitri... 2 biji kereta je rombongan dari Chiba kali nih... terasa meriah bila jumpa ramai Msian di embassy.

Embassy Malaysia di Tokyo, Jepun
Suasana di dalam dewan solat (otoko)... belum ramai lagi masa ni

Antara juadah santapan di pagi 1 Syawal... mee goreng, ketupat, lemang, rendang, kuah kacang dan sambal jawa... juga pelbagai juadah kuih raya dan kek... 


Tahun ni terasa bilangan Msian yang datang beraya di Embassy sedikit jumlahnya berbanding tahun 2010 dan 2011. Almaklumlah ramai yang ambil kesempatan pulang ke tanah air sempena cuti summer.


Alhamdulillah dapat juga menyambut Aidilfitri dalam suasana yang sangat sederhana. Hari raya kedua dan seterusnya aktiviti harian FnF kembali seperti sedia kala... kecuali Ilmi masih berbaki cuti sekolah 2 minggu...


Semalam (raya kedua) walaupun tiada sambutan raya FnF masih makan nasi impit, kuah lodeh dan  rendang... saja nk feel raya je... ngee... hari ni raya ketiga dah start masak nasi macam biasa... 
T.a.M.a.T ... 

Friday, August 17, 2012

BerSeri muka di penghujung Ramadhan ^_^

Assalamualaikum... salam Jumaat buat semua...

Lusa dah nak raya... 

Kari ikan
Bagi FnF sekeluarga sambutan Syawal tahun ini sangat sederhana. Memandangkan 1 Syawal mungkin jatuh pada hari Ahad (cuti) maka kami sekeluarga akan ke Embassy untuk solat sunat Aidil Fitri. Jika 1 Syawal jatuh pada hari Isnin maka sambutan mungkin di rumah sahaja kerana Mrhubby perlu ke lab seperti hari2 biasa...  tak boleh ambil cuti kali ni sebab pada hari Jumaat hingga Ahad (raya ke 6  hingga ke 8) hubby sibuk shooting robot2 mungil dengan stesen TV NHK... so robot2 mungil kena practice3x everyday...haishhh fofular seh robot2 mungil tu dah byk kali masuk TV Jepun...

Lala masak 3 rasa
Persiapan raya??? Tahun ni FnF recycle baju raya 2 tahun lepas aje... anak2 pula tak dapat berbaju melayu sebab baju melayu anak2 tahun lepas dah tak muat... 

Sayur tumis
Pastu terasa...oh Ramadhan...please don't go... Yupp... we'll be missing Ramadhan di perantauan cos sambutan nya lebih meriah dari sambutan Syawal... 


sambal goreng in the making... kalo ada kacang tanah goreng dan tempe alangkah nikmatnye...
sambal belacan yang takde belacan... FnF ganti ikan bilis
Iftar FnF setiap  hari biasa2 sahaja... tiada pasar ramadhan untuk memenuhkan juadah berbuka di atas meja... FnF hanya sediakan juadah yang simple untuk keluarga... sering kali juga dapat berkumpul untuk iftar dan moreh beramai2... Alhamdulillah... 



Juadah iftar yang FnF abadikan di entry ini antara juadah iftar terakhir di Ramadhan tahun ini... sekadar nasi putih, kari ikan, lala masak 3 rasa, sambal goreng, sayur dan sambal belacan... 


Kuih seri muka pula sebagai pemanis mulut... seri muka FnF kurang berseri sebab beraya di perantauan lagi buat tahun ketiga...huhuhu... 

Guna loyang springform ikut cara chef Hanieliza... panas2 lagi FnF dah keluarkan  dari loose pan kes tidak sabar...
Resepi seri muka FnF gunakan dari chef Hanieliza disini... InsyaAllah next time nak cuba resepi seri muka ibu FnF pula... tapi tu laaa... resepi mak selalu main agak2... susah seh nak main bajet2... 

Kuih Seri Muka

Lapisan Bawah
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara2

Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci (FnF guna loyang springform so abaikan je lapik plastik ni).
Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas
2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Cara2
Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.
Kukuskan lebih kurang 30 minit.
Sejukkan dahulu baru potong.

Berdoa moga kita semua bertemu lagi dengan Ramadhan terindah di tahun hadapan... Amin... Di kesempatan ini FnF sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri... maaf zahir dan batin...  

Monday, August 13, 2012

Projek iftar otoko2... nasi kerabu ayam percik

Assalamualaikum... salam buat semua...

Sekejap je dah nak penghujung Ramadhan... kami di Chiba, semangat Ramadhan masih kuat... sedih pula bila terkenangkan Syawal yang bakal tiba nanti... pasti akan merindui suasana Ramadhan... paling sedey kena beraya di perantauan... sob3x... hwaaaa T_T



Iftar kali ni di taja oleh otoko2 geng Chibadai... nasi kerabu ayam percik. Terbaek dari ladang... maka complete lah giliran masak2 iftar Msian Chibarian. kali ni kami berkumpul di masjid Chiba untuk iftar...


Kami makan dalam talam... haaaa... sejibik macam berbuka puasa di masjid kat Msia kan... Actually masjid Chiba ni kecil je. Komuniti muslim Chibadai sewa rumah kedai berhadapan Chiba University dan membayar 3000yen  seorang untuk memudahkan aktiviti2 keagamaan especially solat jumaat. Untuk menampung sewa bulanan yang mahal masjid kecil ini turut menjual stok makanan halal seperti ayam, daging, kambing dan rempah ratus. 


Jom layan adik2 FnF menjamu selera dengan group talam masing-masing... 



group talam 1
Group talam 2
Group talam 3
Group talam 4
Group talam 5
Group talam 6

FnF takde dalam group talam di atas... sebab kami makan dalam talam spesel...hehehe... T.A.M.A.T

Sunday, August 12, 2012

Musim himawari berkembang

Assalamualaikum... salam hujung minggu buat semua...


Lama FnF tak update blog... beri laluan mengupdate FnFphotography yang menghimpunkan koleksi foto2 yang ada nilai tersendiri bagi FnF... ^U^


Tahun ini FnF hanya menikmati musim himawari berkembang di sekitar kampung Pasir Hitam je... jalan kaki dalam 100 meter dari rumah kami... dah sampai ke destinasi himawari yang berkembang mekar...


Himawari di Kampung Pasir Hitam di tanam di sepanjang landasan keretapi oleh JKKK kampung... di sebelah kiri landasan keretapi, di sebelah kanan pula kawasan penempatan...


Subhanallah cantiknya kawasan kampung kami dipenuhi bunga2 matahari yang berkembangan...


Anak2 FnF pun sibuk nak lukis himawari dalam buku masing2...


Fakta menarik tentang himawari yang FnF nak kongsi... pokok bunga matahari mempunyai kelebihan untuk mengekstrak dan menyerap bahan bertoksik di dalam tanah seperti mercury, arsenic, sisa bahan radioaktif seperti cesium, strontium dan uranium... 


Ilmi pesan...


Aunty dan uncle semua... rajin2 le tanam pokok bunga matahari kat halaman rumah. Bunga nya cantik. Boleh bersihkan sisa toksik dalam tanah... heeeee...


Aunty dan uncle semua... jgn lupa kirim kad raya ke kampung pasir hitam ye... tapi posmen Jepun paham Kurosunadai je... kuro (black), suna (sand)... erk... black sand village... hehehe

gigi kapak saya cabut sendiri... ihiks


Tuesday, August 7, 2012

Apam puteri Ayu dan roti John

Assalamualaikum... salam buat semua...

Apam puteri ayu resepi kak Ummi / Azita Zain nih mmg best dan lembut sangat... alahai gebusss... part kelapa ada kureng sbb kelapa kering je yang available kat Chiba...  FnF dapat dalam 50 biji... kami makan berbuka puasa setakat 5-6 ketul je... selebihnya buat hidangan moreh...


Bahan2

5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
270gm gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml santan
sedikit pewarna hijau
2 camca teh paste pandan (FnF letak 1 sudu teh esen pandan)
Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)


Cara2

Panaskan kukusan.
Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.
Kacau lagi hingga sebati.
Sapu sedikit minyak pada acuan.
Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.




Dalam dok mengukus apam... tangan ni terajin pula menguli roti... memang dah lama teringin nak buat roti John... tertunda2 disebabkan kemalasan meroti di bulan puasa ni... resepi adunan roti untuk roti John boleh refer di entry lama FnF di sini.


Cerita pasal moreh...adek2 onna bawa keropok lekor home-made satu bekas besar untuk digoreng buat hidangan moreh kami ... time2 exam adik2 menguli ikan dan tepung buat keropok lekor... sampai nih dok teringat-ingat kesedapan keropok lekor adik2 FnF... FnF pun sempat buat cekodok pisang selepas bertadarus utk menambah juadah moreh kami... no pics for keropok lekor n cekodok pisang... haishhh... yg sempat posing puteri ayu ngn roti john je...hehehe


Resepi roti John FnF refer cara Hasue di sini. mantap roti John Hasue tau. terliur tengok time puasa nih...ehehehe... FnF nye so-so je ler... janji ada rupa roti john. amek gambar pun sementara nak tunggu waktu berbuka... 


Bahan2

250gm daging kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
sedikit garam
3 biji telor
sedikit butter
6 keping roti 'finger rolls' (roti panjang)
sos dan mayonis (jika suka)

Cara2

Blend bawang dan bawang putih
Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari
Masukkan daging kisar dan letakkan garam secukupnya hingga masak
Belah dua roti jangan sampai putus
Masukkan telor dalam daging cincang
Pukul sebentar telor+daging
Panaskan butter dlm kuali
Tuang inti atas pan mengikut sukatan roti dan telangkupkan roti di atasnya,biarkan sebentar dan inti akan melekat pada roti.
Terlangkupkan atas kuali
Terbalikkan roti jika telah masak dan biarkan sebentar
Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing
Hiaskan dengan sos, mayonis dan sayur2an jika suka

Sunday, August 5, 2012

Iftar beramai2 lagi... resepi mee kari

Assalamualaikum... Selamat menyambut Hari Nuzul Al-Quran buat semua pengunjung yg beragama islam...

Alhamdulillah sepanjang 3 tahun di perantauan, Ramadhan memang happening. Tambahan pula berpuasa di musim panas yang malamnya singkat. Lebih seronok lagi dapat iftar beramai2... solat magrib, isyak, terawih dan bertadarus beramai2... 
Mee kari untuk iftar kami 
Majlis iftar di rumah FnF lagi... jika sebelum ni adik2 onna sediakan juadah berbuka puasa, kali ni juadah disediakan oleh FnF dan juga kak Yan (salah seorang pelajar PhD di Chiba University)... Menu utama kali ni mee kari dan soto (nasi impit) dengan sup tulang... 
dalam periuk besar tu kuah sup tulang untuk soto... hehehe... tak nampak rupa tulang nye... 
Juadah sampingan... popiah frozen (FnF buat sehari awal) dan bubur kacang kak Yan (untuk moreh)...

Popiah inti sayur taugeh, carrot, kubis, ayam dan juga telur dadar yang di hiris nipis

Sempat juga kami sediakan cucur udang untuk hidangan berbuka...



Waktu berbuka puasa dah semakin awal di Chiba, jam 6.40pm gitu... kami berbuka ngn kurma dan buah...



serta kuih muih; popiah goreng, cucur udang, jelly mangga dan koktel... 


Makan ala kadar kemudian terus solat magrib berjemaah... Selepas solat  maghrib kami sambung makan sungguh2 ngn mee kari dan soto

Mee dan nasi impit serta bahan2 sampingan... style perantau sungguh... ;p


Seterusnya, masuk waktu Isyak otoko2 terus ke surau untuk solat Isyak dan terawih disurau... onna2 pula berjemaah di rumah FnF... sementara nak tunggu otoko pulang dari surau kami sempat bertadarus dan berusrah... Selesai solat terawih jam 11 malam kami sambung makan lagi... moreh bubur kacang... seperiuk tau kak yan buat... adik2 onna tolong buat kopi Tongkat Ali ngn kacip Fatimah untuk moreh kami... 



Okeh... jom kongsi cara FnF masak mee kari... resepi asal dari Ros Jintanmanis disini... FnF agak2 je masak kuah mee kari ni... gandakan resepi ni berganda-ganda utk 1 periuk besar...hehehe...



Bahan2

2 paket mee kuning
2 sudu besar serbuk kari ayam ( kalau boleh jenama Babas)
2 sudu besar cili kisar
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
beberapa tangkai daun kesum
sedikit daun kari
1/2 paket Fish ball (FnF masukkan sotong frozen, chikua, tauhu goreng potong kiub)
2 cawan santan
1 cawan air
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/4 ekor ayam di cincang kasar
sawi, taugeh, tauhu goreng, telur rebus dan bawang goreng sebagai pelengkap.





Cara2

Mula-mula kisar bawang besar dan bawang putih higga hancur, kemudian tumis dengan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau. (saya tumis ngn halia gak – sikit je).
Serbuk kari dibuat pes dan tumis bersama cili kisar dan bahan kisar tadi dan masukkan daun kari. tumis hingga garing dan pecah minyak.
masukkan ayam dan kacau sebentar. kemudian masukkan santan dan fish ball. kacau sentiasa...perasa kan garam
bila kuah telah menggelegak, masukkan daun kesum dan sesuaikan rasa.
Rebus telur, celur sawi dan mee kuning, taugeh dibuang ekor dan lalukan taugeh dengan air panas.


Cara Penyediaan, masukkan mee kuning dan kuah kari, susun sawi, taugeh, telur rebus dan tabur sedikit dengan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan.

Psst... malam tu kami terus gi depan Chiba University amek gambar kenang2an... dekat je dari rumah FnF... dalam jam 12 malam tu... haishhh... lepas tamat program iftar sampai ke moreh dan sesi bergambar2 depan Chiba University... pengsan kepenatan... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...